English Malay

PERATURAN AM KEJOHANAN MLBB

  1. Terbuka kepada semua peserta lelaki dan semua pemain mestilah merupakan warganegara Malaysia & beralamat di Shah Alam
  2. Peserta wajib mempunyai Kad Pengenalan (IC) atau Sijil Kelahiran sebagai bukti pendaftaran.
  3. Peserta hendaklah berumur 18 tahun sehingga 30 tahun
  4. Penyertaan lewat tidak akan diterima.
  5. Pemain MLBB profesional tidak dibenarkan menyertai kejohanan ini, termasuk pemain yang pernah bermain dalam liga seperti MPL, MAL, M-Series atau mana-mana liga profesional yang setara.
  6. Pendaftaran yang tidak lengkap tidak akan diterima.
  7. Pendaftaran tidak boleh dipindahkan atau ditukar nama kepada orang lain.
  8. Pemenang tidak dibenarkan menukar nama atau memindahkan slot pasukan kepada pihak lain.
  9. Hanya pemain yang telah didaftarkan secara rasmi dibenarkan menyertai pertandingan dan memasuki kawasan pertandingan.
  10. Penggunaan hack, modifikasi permainan atau sebarang bentuk penipuan adalah dilarang sama sekali. Peranti pemain boleh diperiksa sekiranya terdapat syak wasangka terhadap penggunaan kaedah penipuan.
  11. Setiap pemain wajib membawa peranti dan kelengkapan masing-masing, termasuk pengecas, adapter, power bank, kabel sambungan, data internet dan sebagainya.
  12. Setiap pasukan perlu membawa power socket / extension plug sendiri bagi kegunaan pasukan.
  13. Pihak penganjur berhak membatalkan kelayakan pemain atau pasukan sekiranya didapati melakukan pelanggaran peraturan, menggunakan cheat, melakukan salah laku atau menunjukkan tingkah laku yang tidak wajar.
  14. Semua keputusan yang dibuat oleh pihak pegawai/penganjur kejohanan adalah muktamad.
  15. Semua Peserta hendaklah dalam keadaan menutup aurat.
  16. Tidak dibenarnya mencarut dan mengeluarkan kata2 kesat sepanjang permainan berlangsung.