PERATURAN AM KEJOHANAN MLBB
- Terbuka kepada semua peserta lelaki dan semua pemain mestilah merupakan warganegara Malaysia & beralamat di Shah Alam
- Peserta wajib mempunyai Kad Pengenalan (IC) atau Sijil Kelahiran sebagai bukti pendaftaran.
- Peserta hendaklah berumur 18 tahun sehingga 30 tahun
- Penyertaan lewat tidak akan diterima.
- Pemain MLBB profesional tidak dibenarkan menyertai kejohanan ini, termasuk pemain yang pernah bermain dalam liga seperti MPL, MAL, M-Series atau mana-mana liga profesional yang setara.
- Pendaftaran yang tidak lengkap tidak akan diterima.
- Pendaftaran tidak boleh dipindahkan atau ditukar nama kepada orang lain.
- Pemenang tidak dibenarkan menukar nama atau memindahkan slot pasukan kepada pihak lain.
- Hanya pemain yang telah didaftarkan secara rasmi dibenarkan menyertai pertandingan dan memasuki kawasan pertandingan.
- Penggunaan hack, modifikasi permainan atau sebarang bentuk penipuan adalah dilarang sama sekali. Peranti pemain boleh diperiksa sekiranya terdapat syak wasangka terhadap penggunaan kaedah penipuan.
- Setiap pemain wajib membawa peranti dan kelengkapan masing-masing, termasuk pengecas, adapter, power bank, kabel sambungan, data internet dan sebagainya.
- Setiap pasukan perlu membawa power socket / extension plug sendiri bagi kegunaan pasukan.
- Pihak penganjur berhak membatalkan kelayakan pemain atau pasukan sekiranya didapati melakukan pelanggaran peraturan, menggunakan cheat, melakukan salah laku atau menunjukkan tingkah laku yang tidak wajar.
- Semua keputusan yang dibuat oleh pihak pegawai/penganjur kejohanan adalah muktamad.
- Semua Peserta hendaklah dalam keadaan menutup aurat.
- Tidak dibenarnya mencarut dan mengeluarkan kata2 kesat sepanjang permainan berlangsung.